Kerajaan sentiasa memberi penekanan terhadap usaha untuk mengupaya modal insan dalam bidang IT serta keusahawanan menerusi pelbagai inisiatif. Pada masa sama, program ini juga dapat memperlihatkan kerjasama yang erat antara MMU dengan Kementerian Pendidikan dan syarikat-syarikat peneraju teknologi terkemuka di dunia.
Saya dapat bergaul dengan pelajar dari pelbagai sekolah dan pelbagai bangsa. Di samping itu, saya juga mempelajari aplikasi multimedia.Ng Sik YongSMK Iskandar Shah, Jasin
Ini merupakan kali keempat saya menyertai program Sekolah@MMU. Walaupun sibuk dengan kuliah dan peperiksaan, namun program ini memberikan saya kepuasan yang sebenar sebagai mahasiswa.Amira Assheila AzmanFacilitator
Di sekolah pedalaman ini, kami melihat sendiri kekurangan dan kelebihan yang ada berbanding sekolah di bandar, ia secara tidak langsung membentuk jati diri kami agar lebih bersyukur dengan kemudahan yang ada.
Melalui program ini saya mendapat gambaran yang lebih luas tentang teknologi maklumat dan multimedia.Muhammad Alam Shah Abu BakarSMK Hang Kasturi, Alor Gajah
Apabila menyertai program ini memerlukan kita bijak mengurus dan membahagikan masa. Apatah lagi saya yang ditugaskan mencari dana. Namun, pengalaman lepas dan keazaman yang tinggi terus memberikan semangat kepada saya untuk melakukan yang terbaik demi Sekolah@MMU.Azreena Abdul RahmanFacilitator
We invite you to become a part of the Sekretariat Sekolah@MMU Alumni member.