- Location:
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Mat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan
- Date: 16 – 18 January 2009
Untuk kali keduanya, Program Sekolah@MMU Perdana telah berjaya diadakan yang mana pada kali ini melibatkan tiga buah sekolah dengan 300 orang pelajar. Program ini dijalankan secara serentak di setiap sekolah bertempat di Pekan, Pahang Darul Makmur atau sinonim dengan panggilan negeri Tok Gajah. Program Sekolah@MMU Perdana Pahangi ini berjalan dengan lancar sekali dan mendapat kerjasama penuh daripada pihak sekolah. Selesai di sekolah, program ini diteruskan dengan program khidmat masyarakat bersama penduduk kampung. Berakhirnya program Sekolah@MMU Perdana Pahang ini maka berakhirlah pusingan pertama Sekolah@MMU seluruh Malaysia ini. Namun, Program Sekolah@MMU ini tidak akan berhenti setakat ini sahaja malahan akan meneruskan kesinambungan di negeri-negeri yang lain selaras dengan objektif kami.