- Location: Sekolah Menengah Teknik Vokasional Balik Pulau
- Date: 15 – 18 October 2010
Program sekolah@mmu seterusnya dijalankan di Pulau Mutiara, iaitu bertempat di Sekolah Menengah Teknik Vokasional Balik Pulau, Pulau Pinang. Kesemua peserta terdiri daripada pelbagai aliran vokasional seperti elektrik, perdagangan dan ekonomi. Program yang mendapat tajaan daripada syarikat RMT Holding ini telah Berjaya dijalankan hingga ke akhir program dan mendapat sambutan serta maklum balas yang positif dari semua warga sekolah dan para fasilitator Sekolah@MMU Penang 2010. Selepas program, para fasilitator dapat melawat ke pelbagai tempat-tempat bersejarah dan menarik di sekitar Pulau Pinang dan menginap di TM Resort Seri Intan, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.