- Location:
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan
- Rumah Anak Yatim Tambunan Sabah
- Date: 25 – 27 July 2012
Selepas hampir 10 tahun program Sekolah@MMU dijalankan bermula di negeri Sabah, kini Sekretariat Sekolah@MMU kembali semula ke Sabah dengan sedikit kelainan. Bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak 1433H, program telah dijalankan khas bersama dengan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Tambunan Sabah. Masih mengekalkan konsep ICT dalam modul multimedia, pihak sekretariat juga turut mengadakan beberapa program berbentuk kerohanian untuk sama-sama mengisi aktiviti di bulan Ramadhan bersama anak-anak yatim di Tambunan. Sekalung penghargaan kepada Yayasan Universiti Multimedia (YUM) dan pihak TM Sabah atas sumbangan penajaan sepanjang program kami di sana.