- Tempat : SMK Kuhara, Tawau
- Tarikh : 13 – 15 Oktober 2023
Program penutup bagi tahun 2023 anjuran Sekretariat Sekolah@MMU telah diadakan di negeri Sabah. Sebuah sekolah telah dipilih untuk menyertai program pada kali ini dengan bantuan daripada seorang alumni sekolah. Dengan kerjasama dan sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) serta Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Yayasan Universiti Multimedia (YUM), sebuah studio Sekolah@MMU telah disiapkan sebagai sumbangan kepada pihak sekolah. Majlis penutup program telah dirasmikan oleh YB Datuk Andi Suryadi bin Bandi (Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah merangkap Ahli Parlimen Kalabakan dan ADUN Tanjung Batu)