- Location: Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun
- Date: 16 – 18 October 2009
Fasa kedua diteruskan dengan program Sekolah@MMU Kuala Selangor, bertempat di SMK Dato Harun, Tanjung Karang. Bertemakan “Pemangkin Generasi Ilmu IT”, program kali ini dapat menarik minat anak-anak desa di sekitar Kuala Selangor untuk mendalami ilmu IT di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang komunikasi. Pelbagai aktiviti yang mencabar minda, fizikal, jasmani dan rohani telah diadakan bagi mencungkil bakat terpendam para peserta.